MEMPERKASAKAN PERLADANGAN NEGARA
Saya
ingin mengucapkan ribuan tahniah dan bangga dengan pencapaian yang dicapai oleh
negara Malaysia ketika ini. Saya berkata demikian, kerana membaca surat khabar
Utusan yang mengucapkan tahniah kepada Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Y.B Datuk Seri Noh bin Haji Omar yang
juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kerana merasmikan kompleks atau
bangunan baru untuk para peladang mendapat khidmat nasihat dengan bertemakan
“Lahir Peladang Progresif” bertarikh 25 Feb 2013.
Dengan
adanya kompleks peladang ini, para peladang di seluruh negara tidak perlu lagi
untuk memfokuskan kepada FELDA, FAMA, RISDA atau agensi-agensi yang berkaitan
untuk mendapatkan khidmat nasihat, tetapi dengan adanya kompleks LPP ini
membolehkan peladang mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik dari pelbagai
agensi yang terdapat di kompleks berkenaan dan mudah untuk dilaksanakan.
Ini
kerana saya berpendapat bahawa kerajaan juga ingin memajukan hasil-hasil
pengeluaran peladang-peladang seperti penternak lembu, kambing, rusa, kerbau
dan banyak lagi disamping memajukan sektor pertaniaan yang sedia ada.
Dengan
adanya kompleks LPP ini, para peladang akan mendapat khidmat nasihat yang
diperlukan dari segi penjagaan makanan haiwan ternakan, kesihatan dan bagaimana
untuk mengkomersialkan hasil perladangan mereka seperti, bagaimana untuk
mendapatkan daging yang berkualiti, bermutu dan enak dimakan.
Untuk
meningkatkan lagi taraf kehidupan para peladang ini, mereka perlulah lebih
aktif dan mereka ini tidak hanya tertumpu kepada waktu-waktu tertentu seperti
hari raya korban, kenduri akikah, kenduri kahwin atau sebagainya untuk
melariskan jualan hasil ternakan mereka. Peladang-peladang ini boleh juga
menghasilkan produk mereka yang tersendiri dari haiwan yang mereka ternak
sebagai contoh, lamp chop, beef chop, burger, sosej dan sebangainya.
Saya
ingin mengambil contoh negara Jepun dalam usaha mereka untuk menghasilkan
daging lembu yang berkualiti dan bermutu tinggi dan yang terbaik didunia,
adalah dengan cara memberi minum setiap ekor lembu sejenis arak yang bernama
sake yang berkualiti tinggi dan setelah diberi minum, mereka akan diurut oleh
tukang urut yang berpengalaman agar apabila disembelih nanti akan mendapatkan
daging yang segar dan berkualiti tinggi.
Semestinya,
apabila sesuatu barangan atau hasil ternakan itu berkualiti tinggi, harganya
akan mencecah puluhan ribu dan ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Selain daripada kita mengambil contoh negara Jepun yang berjaya menghasilkan
daging lembu yang berkualiti tinggi ataupun lebih dikenali sebagai kobe beef,
apa kata kita singkap kembali kisah zaman nabi kita yang terdahulu.
Ini
kerana kebanyakan daripada nabi-nabi yang terdahulu adalah dari penternak
binatang. Haiwan-haiwan ini dianggap sebagai masyarakat yang mereka akan pimpin
kelak, kerana memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjaga kebajikan
haiwan-haiwan tersebut.
Dengan
menjadikan kisah bagaimana para nabi kita mengembala kambing, menjaga pemakanan
haiwan ternakan mereka, sedikit sebanyak menjadikan mereka lebih yakin dan
bersemangat untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari usaha mereka menternak
haiwan tersebut.
Dengan
kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak iaitu penternak, peladang dan
pihak LPP sendiri, saya berharap agar
masing-masing akan memberikan yang terbaik dalam meningkatkan taraf hidup
penduduk, dengan hasil mereka yang lumayan dari usaha yang tidak
dijangka-jangkakan dan sama-samalah dapat manfaat darinya.
Saya
juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi bantuan yang
sepatutnya kepada para petani dan peladang untuk mengurus, memasar, mengimport,
mengeksport hasil pertanian dan perladangan mereka. Saya juga berharap agar
segala usaha ini tidak akan terhenti di tengah jalan dan akan terus berjalan
sehingga masa hadapan.