Saturday, 27 September 2014

CoMpLaInT VS CoMpLiMeNt









       Mungkin apa yang aku nak postkan pada post kali ini mungkin tidak ada kena mengena dengan gambar diatas, tetapi, apa yang cuba aku terangkan adalah didalam hidup ini, kita akan mendapat 2 benda ini...

 1- pujian
 2- kejian

   Bagi sesiapa yang mendapat pujian, haruslah sentiasa berhati-hati agar tidak riak dan jikalau anda tidak tahu kenapa anda mendapat pujian itu haruslah bertanya kepada orang atasan dan jika anda ingin mengelakkan daripada merasa riak, anggaplah pujian itu sebagai hadiah yang diberikan oleh Allah kepada anda...

  Bagi sesiapa yang mendapat kejian atau aduan pula, anda hendaklah menganggap setiap kejian dan aduan itu salah satu batu loncatan kepada anda untuk terus bangkit dan jangan pernah mengalah untuk mencuba untuk memperbaiki diri...

  Apa kaitan antara kedua-dua ini adalah, kadang-kala kita merasakan bahawa jika kita mendapat banyak pujian daripada orang sekeliling, kita akan merasa bangga dan merasakan yang diri kita layak untuk mendapat pujian tersebut, tetapi pada saya, setiap pujian itulah yang akan menjatuhkan kita jika kita tak sedar yang setiap pujian itu akan membawa kepada perasaan riak dan takabbur...

  Tetapi bagi saya, jika kita mendapat aduan atau kejian mengenai apa yang kita lakukan, anggaplah setiap kejian itu sebagai satu batu loncatan untuk kita maju kehadapan dan mencoba yang lebih baik, jangan kita merasa kecewa dengan kejian atau kutukan yang kita dapat kerana manusia tidak akan pernah merasa senang diatas kejayaan yang kita dapat dan manusia akan merasa senang diatas kejian yang kita dapat kerana setiap apa yang kita buat mestilah kerana Allah SWT... dan ucaplah Alhamdulillah... 

  Ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini kerana Allah dan jikalau kita merasa gelap, silalah kembali kepadanya dan Dia lebih mengetahui... :)









Friday, 19 September 2014

Alhamdulillah!!!! HOORAY!!!!! :) :) :)



        SyuKur kepada hadrat Illahi kerana Limpah dan Kurnianya, aku dapat merasai bagaimana rasanya selepas aku dapat apa yang aku inginkan dan bagiku ianya amat berbaloi dan aku MErasa amat BersYukur diatas Segalanya!!!



             Bahagia!!! 
gembira!!!! 


alhamdulillah, walaupun x sebarapa, tapi aku berpuas hati!!!! 


selama 4 tahun, akhirnya berjaya jugak!!!


                  Hari ni, aku nak meluahkan perasaan yang sangat gembira kerana aku akan bergraduasi pada 15/11 dan 16/11 alhamdulillah, buat kali pertamanya aku akan bergraduasi bersama kawan-kawan yang selama 4 tahun aku bersama, dan yang paling seronoknya adalah mak aku akan datang untuk meraikannya buat kali pertama. 

                  Tapi aku tahu bahawa, saat aku sudah mendapat segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian, ia adalah sekadar permulaan kepada aku untuk pergi ke alam pekerjaan dan alam pembelajaran yang sangat sukar dan tak akan pernah senang saat aku mendekatinya..... 

                   Walau bagaimanapun, aku pasti aku akan melaluinya dengan hati yang penuh bahagia dan aku akan buat dengan sepenuh hati..... Apa-apa pun, aku mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menghabiskan pembelajaran dan pelajaran yang selama ini aku belajar dan segala penat lelahku berbalas.. (walaupun aku x usaha sebaik mungkin)... :) 





Friday, 22 August 2014

Arabic Ambassador :( :)



Alhamdulillah... sekarang ini aku dah mempunyai pekerjaan dan bergelar sebagai Arabic Ambassador...
Pekerjaan ini susah pada permulaannya kerana kita dikehendaki untuk berkomunikasi dengan passenger arab yang tidak tahu berbahasa english dan pada permulannya, tetapi setelah sabar belajar dan belajar,, akhirnya berjaya juga untuk memahami sedikit bahasa arab pasar yang dituturkan oleh orang barab sendiri... tetapi untuk belajar bahasa arab pasar dalam masa yang singkat sangat susah dan perlu kesabaran yang tinggi...

Selain itu, selain dari passenger arab, KLIA juga dihujani dengan pelbagai jenis bangsa dan bahasa, ada sesetengah dari mereka fasaih berbahsa inggeris, kurang fasih dan ada diantara mereka yang hanya tahu berbahasa ibunda mereka seperti perancis dan lain2...

Tetapi yang paling mencabar bagi kami disini adalah ketika menerangkan sesuatu yang kurang difahami oleh passenger... bak kata pepatah.. seperti ayam bercakap dengan itik... walaupun berada dalam kelompok yang sama, tapi percakapan dan gaya bahasanya berlainan... Tetapi kita prepared alternative lain agar mereka memahami dan sampai ke tempat yang dituju... Biasanya apabila passenger tidak faham, kami akan menulis dan berikan kepada passenger...

Apa yang penting.. sebagai ambassador arabic... anda perlu mempunyai dua benda diatas agar anda mudah mencari perkataan baru yang disebut oleh passenger dan sebagai apps iphone anda...

Yang penting.. anda perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dan jangan mudah putus asa... kerana semua pembantu penerangan ini sedia membantu anda dan jika anda membuat sesuatu kesalahan sila akui kesalahan itu dan memohon maaf atas kesilapan... :)