Saturday, 27 September 2014

CoMpLaInT VS CoMpLiMeNt









       Mungkin apa yang aku nak postkan pada post kali ini mungkin tidak ada kena mengena dengan gambar diatas, tetapi, apa yang cuba aku terangkan adalah didalam hidup ini, kita akan mendapat 2 benda ini...

 1- pujian
 2- kejian

   Bagi sesiapa yang mendapat pujian, haruslah sentiasa berhati-hati agar tidak riak dan jikalau anda tidak tahu kenapa anda mendapat pujian itu haruslah bertanya kepada orang atasan dan jika anda ingin mengelakkan daripada merasa riak, anggaplah pujian itu sebagai hadiah yang diberikan oleh Allah kepada anda...

  Bagi sesiapa yang mendapat kejian atau aduan pula, anda hendaklah menganggap setiap kejian dan aduan itu salah satu batu loncatan kepada anda untuk terus bangkit dan jangan pernah mengalah untuk mencuba untuk memperbaiki diri...

  Apa kaitan antara kedua-dua ini adalah, kadang-kala kita merasakan bahawa jika kita mendapat banyak pujian daripada orang sekeliling, kita akan merasa bangga dan merasakan yang diri kita layak untuk mendapat pujian tersebut, tetapi pada saya, setiap pujian itulah yang akan menjatuhkan kita jika kita tak sedar yang setiap pujian itu akan membawa kepada perasaan riak dan takabbur...

  Tetapi bagi saya, jika kita mendapat aduan atau kejian mengenai apa yang kita lakukan, anggaplah setiap kejian itu sebagai satu batu loncatan untuk kita maju kehadapan dan mencoba yang lebih baik, jangan kita merasa kecewa dengan kejian atau kutukan yang kita dapat kerana manusia tidak akan pernah merasa senang diatas kejayaan yang kita dapat dan manusia akan merasa senang diatas kejian yang kita dapat kerana setiap apa yang kita buat mestilah kerana Allah SWT... dan ucaplah Alhamdulillah... 

  Ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini kerana Allah dan jikalau kita merasa gelap, silalah kembali kepadanya dan Dia lebih mengetahui... :)









Friday, 19 September 2014

Alhamdulillah!!!! HOORAY!!!!! :) :) :)



        SyuKur kepada hadrat Illahi kerana Limpah dan Kurnianya, aku dapat merasai bagaimana rasanya selepas aku dapat apa yang aku inginkan dan bagiku ianya amat berbaloi dan aku MErasa amat BersYukur diatas Segalanya!!!



             Bahagia!!! 
gembira!!!! 


alhamdulillah, walaupun x sebarapa, tapi aku berpuas hati!!!! 


selama 4 tahun, akhirnya berjaya jugak!!!


                  Hari ni, aku nak meluahkan perasaan yang sangat gembira kerana aku akan bergraduasi pada 15/11 dan 16/11 alhamdulillah, buat kali pertamanya aku akan bergraduasi bersama kawan-kawan yang selama 4 tahun aku bersama, dan yang paling seronoknya adalah mak aku akan datang untuk meraikannya buat kali pertama. 

                  Tapi aku tahu bahawa, saat aku sudah mendapat segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian, ia adalah sekadar permulaan kepada aku untuk pergi ke alam pekerjaan dan alam pembelajaran yang sangat sukar dan tak akan pernah senang saat aku mendekatinya..... 

                   Walau bagaimanapun, aku pasti aku akan melaluinya dengan hati yang penuh bahagia dan aku akan buat dengan sepenuh hati..... Apa-apa pun, aku mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menghabiskan pembelajaran dan pelajaran yang selama ini aku belajar dan segala penat lelahku berbalas.. (walaupun aku x usaha sebaik mungkin)... :)