Monday, 27 May 2013

SpaRta - ComaNdEr - TerMinaTor - KooKie

LOVEABLE

KIM JONG KOK


http://www.youtube.com/watch?v=hj84sQLG950

http://www.youtube.com/watch?list=RD15KsWiMMCnVRA&v=f7QC3dZnayg&feature=endscreen&NR=1

Sorry, hari ni saya nak bercakap mengenai seorang pelakon dan juga penyanyi, namanya KIM JONG KOK..

KIM JONG KOK ni terkenal dengan suaranya yang lembut dan berbadan tegap, jikalau anda tidak mengenali siapa itu Kim Jong Kok, anda boleh la tengok cerita Running Man,
Beliau terkenal dengan panggilan Sparta, Comander, Terminator dan Kookie...

Saya tahu yang Kim Jong Kok ni seorang penyanyi adalah, apabila saya menonton running man, dalam cerita running man, Sparta memainkan peranan yang penting sebagai orang yang kuat dan berbadan tegap... Sparta boleh membuat pelbagai jenis seni pertahankan diri, malahan Sparta adalah seorang yang berkebolehan dlm nyanyian...

Sparta juga mempunyai suara yang lembut, merdu dan pandai menari, jikalau anda tidak mengenali siapa Kim Jong Kok yang sebenarnya, anda akan terkejut akan suara Sparta yang sangat merdu... dan dengan badannya yang tegap dan sangat seksi,.. huhuhu...

Badan yang tegap membuatkan Sparta dikenali dengan pelbagai panggilan, beliau juag selalu menyanyi dalam majlis perkahwinan kawan artisnya, terutama sekali Yoo Jea Suk...

Hanyatilah lagu Loveable ini untuk anda lebih mengenali siapa Kim Jong Kok yang berbadan tegap dan mempunyai suara yg merdu.. huhuh...

Thursday, 23 May 2013

Clear Water don't Sangka no Boya... :(


Saya akan terangkan apakah maksud pepatah di atas, tetapi, saya ingin kamu meneliti dahulu kedua gambar laut ini...
MasyaAllah, luasnya ciptaan mu ya Allah

dan apabila sesuatu yg mcm ni berlaku, siapa yg kita akan persalahkn?
 Diri sendiri atau  orang lain?

Apa yang saya nak tekankan di sini ialah, kita sebagai manusia selalunya ambil mudah dan selalu pijak kepala kepada sesiapa yang berbuat baik kepada kita, terutamanya ibu bapa, guru, lecturer, bos atau kawan-kawan kita sendiri.

Kita selau ambil kesempatan atas kebaikan mereka dan tidak sedar akan peluang yang mereka berikan kepada kita untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Jangan kita ambil mudah akan kesabaran dan ketabahan seseorang itu kerana kita tidak tahu, bilakah masanya mereka akan marah, dan sekiranya mereka marah, janganlah menganggap bahawa kemarahan mereka itu akan cepat reda..

Untuk lebih memahami pepatah di atas adalah: benarkan saya tulis menggunakan loghat utaqa kerana itu lebih selesa..:)

Pada suatu hari Hamid pergi sekolah, dan di dalam kelasnya terdapat 2 orang guru yang sangat baik dan jarang-jarang sekali mereka memarahi pelajar di kelas Hamid. 2 orang guru ini sentiasa memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk memperbaiki segala kesilapan dalam tugasan yang diberikan...

Sehinggalah suatu haqi, Hamid dan kawan sekelasnya tidak dapat menyiapkan salah satu tugasan yang diberikan... tetapi guru itu dapat mengawal marahnya yang baru hendak marak, guru tu berkata kepada mereka yg masa diberikan hanya untuk menyiapkan tugasan itu adalah sampai petang,..

Pada belah petangnya, semua kawan-kawan Haimd tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan, lalu guru itu terus mengambil kertas latihan mereka dan membakarnya di belakang sekolah kerana guru itu tidak puas hati akan prestasi mereka dan guru itu telah memotong markah peperiksaan mereka sebanyak 20 markah...

Tetapi, setelah kemarahan guru itu reda, guru itu memberi semula latihan yang telah dibakar tadi dan guru itu menerangkan bahawa jangan kamu memiijak kepala  orang yang baik, jujur dan pemurah kerana setiap oarang ada kesabarannya dan jikalau orang itu telah sampai ke puncak kesabaranya, dia akan memberikan pengajaran yang setimpal kepada pesalah-pesalah itu... 

Jadi guru itu berpesan kepada  Hamid dan kawan-kawannya agar berhati-hati terhadap manusia diluar sana, kerana kita tidak tahu, siapakah lawan dan siapakah kawan.. dan janganlah terlalu pijak kepala terhadap orang yang baik, dan jangan terlalu membenci kepada orang yang jahat...

Ini kerana bila kita sudah bekerja, kita akan tahu suatu masa nanti orang yang kita benci itulah yang akan menolong kita dan orang yang baik itulah yang akan menjatuhkan kita... 

Jadi pesan terakhir 2 orang guru itu kepada Hamid dan rakan-rakannya adalah, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu... dan jangan jadikan peristiwa ini berulang lagi dalam kehidupan kamu.... BERHATI-HATILAH, DAN SELALU INGAT PEPATAH INI, AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA.... :)





Tuesday, 21 May 2013

Don't forget your past but take it as new beginning





Masa lepas hanya untuk dikenang dan masa sekarang adalah untuk mengubah apa yang kita lakukan pada masa lampau... So tak guna lagi lau kita nak kembali ke masa lampau, sebab masa lampau tu sudah berlalu dan kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk memperbaikinya.. 

Yang kita ada adalah masa sekarang yang harus kita lalui.. dan ambillah apa yang ada di masa lampau untuk diperbaiki pada masa sekarang.. 

Tak berguna kita menyesal tentang apa yang berlaku pada masa lalu... Ambil masa lalu itu sebagai kenangan dan pengajaran yang akan kita perbaiki pada masa akan datang... carilah penyelesaian yang sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang ada....

Believe in Allah.. 

Wednesday, 8 May 2013

KUATKAN DIRIMU DAN JANGAN CEPAT BERGOYANG DEK NAFSU DUNIA SEMATA


Belajarlah untuk tidak menyakiti

Gagal dan Kejayaan itu lumrah


SALAM.. kali ni.. saya nak ceitakan pada dunia yg pada ketika ini kita terlalu takut sangat akan hukum yg manusia sendiri cipta yg ada banyak sgt kekurangan dari kelebihan.. dan tidak pernah sesekali kita ambil hukum Allah sebagai dasar untuk kita lakukan sesuatu..

Ketahuilah bahawa hukum Allah dan segala didikan dan ajaran yang Allah berikan kepada Pesuruh Nya iaitu, Para Nabi, Rasul melalui Perantaraan Malaikat  Jibril adalah benar dan sebenarnya... Dan segala hukum Allah ini adalah sesuai untuk semua bangsa, kaum, masa, zaman , tempat dan sesuai untuk segala-galanya...

Jangan pernah abaikan hukum Allah, jadikan hukum Allah salah satu pengangan kita semua...

Tidak malukah kita kepada agama lain yang tidak beragama Islam, sangat menyanjungi Ulama' dan faham apa itu Hudud, kita yang sebagai orang Islam sendiri tolak Hukum Hudud, Tepuk dada dan tanya iman, kenapa kita berbuat demikian. tidak malukah kita kepada Agama lain yang lebih memahami agama Islam?

Lagi satu yg saya nak tekankan disini, adalah, siapa yang perlu kita ikut? Adakah pemimpin yang konon-kononnya memperjuangkan Islam tetapi dia sendiri yang menolak Ulama'nya sendiri,-  ataupun kita memilih pemimpin yang memang pada dasarnya ingin menegakkan Islam atau Membangun bersama Islam, yg ingin menghakis segala macam ketidakadilan dan kekotoran oleh pihak satu lagi tetapi niat baiknya dihalang oleh pihak satu lagi....

Ingin saya tekankan disini adalah, kita sebagai orang yang beragama Islam, seharusnya memilih pemimpin yg benar-benar ingin menegakkan Islam dan keadilan di atas muka bumi ini... dan pihak yang membuat onar dan menolak ulama'nya sendiri perlu ditepis dan perlu diperbetulkan akidahnya agar tidak terkeluar dari akidah sebenar...

Fikir-fikirkanlah agar kita tetap memegang hukum Allah selama-lamanya walsu dimana kita berada... Dan Hukum Allah Selama-lamanya tidak akan pernah berubah

Utk mengetahui lebih lanju,t sila klik link ini dan diharap bersabar ketika mendengar kata-kata beliau :)


<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=4678100200289" width="250" height="250" frameborder="0"></iframe>