dan apabila sesuatu yg mcm ni berlaku, siapa yg kita akan persalahkn? Diri sendiri atau orang lain?
Apa yang saya nak tekankan di sini ialah, kita sebagai manusia selalunya ambil mudah dan selalu pijak kepala kepada sesiapa yang berbuat baik kepada kita, terutamanya ibu bapa, guru, lecturer, bos atau kawan-kawan kita sendiri.
Kita selau ambil kesempatan atas kebaikan mereka dan tidak sedar akan peluang yang mereka berikan kepada kita untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Jangan kita ambil mudah akan kesabaran dan ketabahan seseorang itu kerana kita tidak tahu, bilakah masanya mereka akan marah, dan sekiranya mereka marah, janganlah menganggap bahawa kemarahan mereka itu akan cepat reda..
Untuk lebih memahami pepatah di atas adalah: benarkan saya tulis menggunakan loghat utaqa kerana itu lebih selesa..:)
Pada suatu hari Hamid pergi sekolah, dan di dalam kelasnya terdapat 2 orang guru yang sangat baik dan jarang-jarang sekali mereka memarahi pelajar di kelas Hamid. 2 orang guru ini sentiasa memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk memperbaiki segala kesilapan dalam tugasan yang diberikan...
Sehinggalah suatu haqi, Hamid dan kawan sekelasnya tidak dapat menyiapkan salah satu tugasan yang diberikan... tetapi guru itu dapat mengawal marahnya yang baru hendak marak, guru tu berkata kepada mereka yg masa diberikan hanya untuk menyiapkan tugasan itu adalah sampai petang,..
Pada belah petangnya, semua kawan-kawan Haimd tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan, lalu guru itu terus mengambil kertas latihan mereka dan membakarnya di belakang sekolah kerana guru itu tidak puas hati akan prestasi mereka dan guru itu telah memotong markah peperiksaan mereka sebanyak 20 markah...
Tetapi, setelah kemarahan guru itu reda, guru itu memberi semula latihan yang telah dibakar tadi dan guru itu menerangkan bahawa jangan kamu memiijak kepala orang yang baik, jujur dan pemurah kerana setiap oarang ada kesabarannya dan jikalau orang itu telah sampai ke puncak kesabaranya, dia akan memberikan pengajaran yang setimpal kepada pesalah-pesalah itu...
Jadi guru itu berpesan kepada Hamid dan kawan-kawannya agar berhati-hati terhadap manusia diluar sana, kerana kita tidak tahu, siapakah lawan dan siapakah kawan.. dan janganlah terlalu pijak kepala terhadap orang yang baik, dan jangan terlalu membenci kepada orang yang jahat...
Ini kerana bila kita sudah bekerja, kita akan tahu suatu masa nanti orang yang kita benci itulah yang akan menolong kita dan orang yang baik itulah yang akan menjatuhkan kita...
Jadi pesan terakhir 2 orang guru itu kepada Hamid dan rakan-rakannya adalah, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu... dan jangan jadikan peristiwa ini berulang lagi dalam kehidupan kamu.... BERHATI-HATILAH, DAN SELALU INGAT PEPATAH INI, AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA.... :)
|
No comments:
Post a Comment