
kenapa kita harus begini,
kenapa kita berhutang?


mampukah kita untuk membayar hutang kad kredit?
PERLUKAH KITA
UNTUK MEMBUAT PEMBAZIRAN YANG TIDAK BERFAEDAH?
Bijakkah
kita dalam berbelanja keperluan harian atau lebih tepat sekali bijakkah kita
membezakan diantara keperluan dan kemahuan. Saya percaya bahawa kita tidak
boleh membezakan diantara keperluan atau kemahuan, disebabkan oleh kemahuan
yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu. Disebabkan kemahuan kita yang
tinggi terhadap sesuatu perkara, tanpa disedari kita melakukan pembaziran yang
sangat merugikan sehinggakan kerugian itu menyebabkan kita berhutang atau lebih
tepat lagi kita mula menggunakan kad kredit yang membolehkan kita untuk
meminjam wang dari bank untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki.
Tambahan
pula penggunaan kad debit yang pada hari ini sudah menjadi kegilaan para
pengguna kad sebagai salah satu pengganti kepada kad ATM. Kad debit ini juga
membolehkan kita membeli dangae lebih senang dan bergaya kerana banyak
faedahnya kepada pengguna berbanding kad kredit yang akan menyebabkan pengguna
membayar hutang yang banyak.
Adakah perlu untuk kita
mengeluarkan beratus-ratus ringgit hanya kerana ingin menjayakan sesuatu projek
yang tidak mendatangkan hasil yang lumayan dan hanya akan memalukan diri sendiri.
Perlukah kita untuk meluangkan masa di pasar raya terbesar hanya kerana ingin
memuaskan nafsu makan yang tidak pernah mencukupi?
Saya berkata demikian kerana
melihat fenomena sekarang yang menunjukkan manusia terlalu boros dalam
berbelanja. Terutamanya apabila kita mendapat bayaran dari apa yang kita
lakukan selama ini iaitu mendapat gaji. Memang patut kita mendapat bayaran yang
setimpal dari apa yang kita lakukan, tetapi, patutkah kita membazir begitu
sahaja tanpa menyimpan sedikitpun wang dari hasil titik peluh kita itu. Tidakkah
kita akan merasa rugi suatu hari nanti jikalau kita sangat memerlukan wang
tetapi alangkah sedihnya wang yang ada tidak mencukupi untuk menampung kehidupan
seharian.
Kerisauan saya semakin bertambah
terhadap pemengang kad kredit tegar atau lebih dikenali sebagai orang kaya baru
yang hanya bergantung seratus peratus kepada kad kredit. Penggunaan kad kredit
pada zaman ini sangat meluas dan memang tidak dinafikan, kita lebih gemar
menggunakannya kerana lebih ringan dan lebih selamat untuk membeli barangan
elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk, penyaman udara dan berbagai lagi
barangan yang berharga tinggi yang memerlukan kita untuk membawa wang yang
sangat banyak ia juga menawarkan pinjaman dari bank dan mudah untuk meminjamnya.
Tambahan pula, kita terpaksa untuk
mengeluarkan wang tambahan jikalau wang yang sedia ada dpada kad kredit tidak
mencukupi. Begitu juga jika kita mahu makan di restoran lima bintang yang
menyajikan makanan yang enak dan rasanya yang jarang dirasai di restoran yang
lain. Seperti yang kita ketahui, restoran-restoran lima bintang ini
kebanyakannya tidak mahu menerima wang kertas atau cash kerana risaukan
keselamatan pelanggan.
Selain dari penggunaan kad kredit
yang berlebihan, penggunaan kad debit juga perlu diambil kira. Ini kerana
penggunaan kad ini menawarkan perbelanjaan harian selain dapat tawar-menawar,
dan banyak kelebihan kepada pengguna. Penggunaan kad debit ini sangat
menyenangkan kerana kebanyakan orang telah menngantikan kad ATM kepada kad debit
yang membolehkan mereka mengeluarkan duit serta menggunakannya untuk berbelanja
di kedai atau pasar raya untuk membeli barangan.
Pengguna kad debit semakin meluas
oleh kerana penggunaannya yang mudah dan senang dibawa untuk membeli-belah,
namun kad debit ada kekurangannya. Antara kekurangan kad debit adalah kerana
kad debit tiada perlindungan. Ini kerana syarat kelayakan memilikinya yang
rendah dan perlindungan yang kurang. Ini juga kerana pembelian dengan kad debit
sama seperti anda membeli secara tunai kerana anda menggunakan duit anda
sendiri bukannya pinjaman dari bank.
Selain dari kurangnya perlindungan
yang diberi oleh syarikat kewangan kepada pemengang kad debit, ia juga
dihubungkan terus ke akaun bank utama anda. Sebagai contoh, anda mendaftarkan diri
untuk menggunakan kad debit untuk kali pertama, anda juga memberi akaun bank
utama anda sebagai salah satu cara untuk anda menambah wang jika kad debit anda
berkurangan, suatu masa anda akan dapati bahawa anda sudah kehabisan wang untuk
membayar hutang anda yang lain. Ini disebabkan oleh kesilapan anda yang terlalu
banyak berbelanja menggunakan kad debit dan lebih mengejutkan lagi anda
menggunakan duit anda sendiri yang telah anda simpan.
Cara yang terbaik untuk
mengurangkan pembaziran wang yang berlebihan adalah dengan menggunakan satu
sahaja kad kredit dan mengehadkan penggunaannya atau lebih baik, tidak perlu
memilikinya. Ini akan menjimatkan masa anda, tenaga, menghilangkan tekanan yang
akan bertambah jikalau anda terlalu banyak memiliki hutang dengan bank. Jika
anda terlalu banyak berhutang melalui bank, anda akan disenarai hitamkan
daripada menerima sebarang bantuan apabila anda ingin membeli kereta, rumah,
tanah atau berkahwin.
Seperkara lagi yang saya ingin
ingatkan adalah, jika kita tahu akan keperluan kita nescaya kita tidak akan
membazir, ini kerana kemahuan akan menyebabkan kita rugi dan kita tidak akan
berasa untung dengan kemahuan yang kita dapati dan ia akan membawa kepada
kerugian yang akan datang pada masa akan datang.
Nasihat saya kepada para pengguna
kad kredit, kad debit, pengguna wang kertas tegar, mahupun sesiapa sahaja
bahawa, anda haruslah bijak dalam menguruskan kewangan anda agar anda tidak
akan menyesal suatu hari nanti. Untuk memastikan anda tidak berlebihan dalam
berbelanja, anda perlulah mencatat semua perbelanjaan anda di dalam sebuah buku
yang anda senang membanya ke mana-mana sahaja. Belilah barangan mengikut
keperluan bukan kemahuan dan sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang
membazir dan sesiapa yang melakukan pembaziran itu adalah sebahagian dari
syaitan.