Saturday, 9 March 2013

LPP Bangunan Peladang yang baru

Bangunan baru untuk para peladang



MEMPERKASAKAN PERLADANGAN NEGARA
                Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah dan bangga dengan pencapaian yang dicapai oleh negara Malaysia ketika ini. Saya berkata demikian, kerana membaca surat khabar Utusan yang mengucapkan tahniah kepada Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Y.B Datuk Seri Noh bin Haji Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kerana merasmikan kompleks atau bangunan baru untuk para peladang mendapat khidmat nasihat dengan bertemakan “Lahir Peladang Progresif” bertarikh 25 Feb 2013.
                Dengan adanya kompleks peladang ini, para peladang di seluruh negara tidak perlu lagi untuk memfokuskan kepada FELDA, FAMA, RISDA atau agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat, tetapi dengan adanya kompleks LPP ini membolehkan peladang mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik dari pelbagai agensi yang terdapat di kompleks berkenaan dan mudah untuk dilaksanakan.
                Ini kerana saya berpendapat bahawa kerajaan juga ingin memajukan hasil-hasil pengeluaran peladang-peladang seperti penternak lembu, kambing, rusa, kerbau dan banyak lagi disamping memajukan sektor pertaniaan yang sedia ada.
                Dengan adanya kompleks LPP ini, para peladang akan mendapat khidmat nasihat yang diperlukan dari segi penjagaan makanan haiwan ternakan, kesihatan dan bagaimana untuk mengkomersialkan hasil perladangan mereka seperti, bagaimana untuk mendapatkan daging yang berkualiti, bermutu dan enak dimakan.
                Untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan para peladang ini, mereka perlulah lebih aktif dan mereka ini tidak hanya tertumpu kepada waktu-waktu tertentu seperti hari raya korban, kenduri akikah, kenduri kahwin atau sebagainya untuk melariskan jualan hasil ternakan mereka. Peladang-peladang ini boleh juga menghasilkan produk mereka yang tersendiri dari haiwan yang mereka ternak sebagai contoh, lamp chop, beef chop, burger, sosej dan sebangainya.
                Saya ingin mengambil contoh negara Jepun dalam usaha mereka untuk menghasilkan daging lembu yang berkualiti dan bermutu tinggi dan yang terbaik didunia, adalah dengan cara memberi minum setiap ekor lembu sejenis arak yang bernama sake yang berkualiti tinggi dan setelah diberi minum, mereka akan diurut oleh tukang urut yang berpengalaman agar apabila disembelih nanti akan mendapatkan daging yang segar dan berkualiti tinggi.
                Semestinya, apabila sesuatu barangan atau hasil ternakan itu berkualiti tinggi, harganya akan mencecah puluhan ribu dan ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Selain daripada kita mengambil contoh negara Jepun yang berjaya menghasilkan daging lembu yang berkualiti tinggi ataupun lebih dikenali sebagai kobe beef, apa kata kita singkap kembali kisah zaman nabi kita yang terdahulu.
                Ini kerana kebanyakan daripada nabi-nabi yang terdahulu adalah dari penternak binatang. Haiwan-haiwan ini dianggap sebagai masyarakat yang mereka akan pimpin kelak, kerana memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjaga kebajikan haiwan-haiwan tersebut.
                Dengan menjadikan kisah bagaimana para nabi kita mengembala kambing, menjaga pemakanan haiwan ternakan mereka, sedikit sebanyak menjadikan mereka lebih yakin dan bersemangat untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari usaha mereka menternak haiwan tersebut.
                Dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak iaitu penternak, peladang dan pihak LPP  sendiri, saya berharap agar masing-masing akan memberikan yang terbaik dalam meningkatkan taraf hidup penduduk, dengan hasil mereka yang lumayan dari usaha yang tidak dijangka-jangkakan dan sama-samalah dapat manfaat darinya.
                Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi bantuan yang sepatutnya kepada para petani dan peladang untuk mengurus, memasar, mengimport, mengeksport hasil pertanian dan perladangan mereka. Saya juga berharap agar segala usaha ini tidak akan terhenti di tengah jalan dan akan terus berjalan sehingga masa hadapan.
               

No comments:

Post a Comment