Friday, 8 March 2013

Penggunaan kad kredit dan kad debit yg memufliskan kita... :)

  kenapa kita harus begini,

   kenapa kita berhutang?

mampukah kita untuk membayar hutang kad kredit?



        PERLUKAH KITA UNTUK MEMBUAT PEMBAZIRAN YANG TIDAK BERFAEDAH?
           
            Bijakkah kita dalam berbelanja keperluan harian atau lebih tepat sekali bijakkah kita membezakan diantara keperluan dan kemahuan. Saya percaya bahawa kita tidak boleh membezakan diantara keperluan atau kemahuan, disebabkan oleh kemahuan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu. Disebabkan kemahuan kita yang tinggi terhadap sesuatu perkara, tanpa disedari kita melakukan pembaziran yang sangat merugikan sehinggakan kerugian itu menyebabkan kita berhutang atau lebih tepat lagi kita mula menggunakan kad kredit yang membolehkan kita untuk meminjam wang dari bank untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki.
                Tambahan pula penggunaan kad debit yang pada hari ini sudah menjadi kegilaan para pengguna kad sebagai salah satu pengganti kepada kad ATM. Kad debit ini juga membolehkan kita membeli dangae lebih senang dan bergaya kerana banyak faedahnya kepada pengguna berbanding kad kredit yang akan menyebabkan pengguna membayar hutang yang banyak.
Adakah perlu untuk kita mengeluarkan beratus-ratus ringgit hanya kerana ingin menjayakan sesuatu projek yang tidak mendatangkan hasil yang lumayan dan hanya akan memalukan diri sendiri. Perlukah kita untuk meluangkan masa di pasar raya terbesar hanya kerana ingin memuaskan nafsu makan yang tidak pernah mencukupi?
Saya berkata demikian kerana melihat fenomena sekarang yang menunjukkan manusia terlalu boros dalam berbelanja. Terutamanya apabila kita mendapat bayaran dari apa yang kita lakukan selama ini iaitu mendapat gaji. Memang patut kita mendapat bayaran yang setimpal dari apa yang kita lakukan, tetapi, patutkah kita membazir begitu sahaja tanpa menyimpan sedikitpun wang dari hasil titik peluh kita itu. Tidakkah kita akan merasa rugi suatu hari nanti jikalau kita sangat memerlukan wang tetapi alangkah sedihnya wang yang ada tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian.
Kerisauan saya semakin bertambah terhadap pemengang kad kredit tegar atau lebih dikenali sebagai orang kaya baru yang hanya bergantung seratus peratus kepada kad kredit. Penggunaan kad kredit pada zaman ini sangat meluas dan memang tidak dinafikan, kita lebih gemar menggunakannya kerana lebih ringan dan lebih selamat untuk membeli barangan elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk, penyaman udara dan berbagai lagi barangan yang berharga tinggi yang memerlukan kita untuk membawa wang yang sangat banyak ia juga menawarkan pinjaman dari bank dan mudah untuk meminjamnya.


Tambahan pula, kita terpaksa untuk mengeluarkan wang tambahan jikalau wang yang sedia ada dpada kad kredit tidak mencukupi. Begitu juga jika kita mahu makan di restoran lima bintang yang menyajikan makanan yang enak dan rasanya yang jarang dirasai di restoran yang lain. Seperti yang kita ketahui, restoran-restoran lima bintang ini kebanyakannya tidak mahu menerima wang kertas atau cash kerana risaukan keselamatan pelanggan.
Selain dari penggunaan kad kredit yang berlebihan, penggunaan kad debit juga perlu diambil kira. Ini kerana penggunaan kad ini menawarkan perbelanjaan harian selain dapat tawar-menawar, dan banyak kelebihan kepada pengguna. Penggunaan kad debit ini sangat menyenangkan kerana kebanyakan orang telah menngantikan kad ATM kepada kad debit yang membolehkan mereka mengeluarkan duit serta menggunakannya untuk berbelanja di kedai atau pasar raya untuk membeli barangan.
Pengguna kad debit semakin meluas oleh kerana penggunaannya yang mudah dan senang dibawa untuk membeli-belah, namun kad debit ada kekurangannya. Antara kekurangan kad debit adalah kerana kad debit tiada perlindungan. Ini kerana syarat kelayakan memilikinya yang rendah dan perlindungan yang kurang. Ini juga kerana pembelian dengan kad debit sama seperti anda membeli secara tunai kerana anda menggunakan duit anda sendiri bukannya pinjaman dari bank.
Selain dari kurangnya perlindungan yang diberi oleh syarikat kewangan kepada pemengang kad debit, ia juga dihubungkan terus ke akaun bank utama anda. Sebagai contoh, anda mendaftarkan diri untuk menggunakan kad debit untuk kali pertama, anda juga memberi akaun bank utama anda sebagai salah satu cara untuk anda menambah wang jika kad debit anda berkurangan, suatu masa anda akan dapati bahawa anda sudah kehabisan wang untuk membayar hutang anda yang lain. Ini disebabkan oleh kesilapan anda yang terlalu banyak berbelanja menggunakan kad debit dan lebih mengejutkan lagi anda menggunakan duit anda sendiri yang telah anda simpan.
Cara yang terbaik untuk mengurangkan pembaziran wang yang berlebihan adalah dengan menggunakan satu sahaja kad kredit dan mengehadkan penggunaannya atau lebih baik, tidak perlu memilikinya. Ini akan menjimatkan masa anda, tenaga, menghilangkan tekanan yang akan bertambah jikalau anda terlalu banyak memiliki hutang dengan bank. Jika anda terlalu banyak berhutang melalui bank, anda akan disenarai hitamkan daripada menerima sebarang bantuan apabila anda ingin membeli kereta, rumah, tanah atau berkahwin.
Seperkara lagi yang saya ingin ingatkan adalah, jika kita tahu akan keperluan kita nescaya kita tidak akan membazir, ini kerana kemahuan akan menyebabkan kita rugi dan kita tidak akan berasa untung dengan kemahuan yang kita dapati dan ia akan membawa kepada kerugian yang akan datang pada masa akan datang.
Nasihat saya kepada para pengguna kad kredit, kad debit, pengguna wang kertas tegar, mahupun sesiapa sahaja bahawa, anda haruslah bijak dalam menguruskan kewangan anda agar anda tidak akan menyesal suatu hari nanti. Untuk memastikan anda tidak berlebihan dalam berbelanja, anda perlulah mencatat semua perbelanjaan anda di dalam sebuah buku yang anda senang membanya ke mana-mana sahaja. Belilah barangan mengikut keperluan bukan kemahuan dan sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang membazir dan sesiapa yang melakukan pembaziran itu adalah sebahagian dari syaitan.












No comments:

Post a Comment