Monday, 27 May 2013

SpaRta - ComaNdEr - TerMinaTor - KooKie

LOVEABLE

KIM JONG KOK


http://www.youtube.com/watch?v=hj84sQLG950

http://www.youtube.com/watch?list=RD15KsWiMMCnVRA&v=f7QC3dZnayg&feature=endscreen&NR=1

Sorry, hari ni saya nak bercakap mengenai seorang pelakon dan juga penyanyi, namanya KIM JONG KOK..

KIM JONG KOK ni terkenal dengan suaranya yang lembut dan berbadan tegap, jikalau anda tidak mengenali siapa itu Kim Jong Kok, anda boleh la tengok cerita Running Man,
Beliau terkenal dengan panggilan Sparta, Comander, Terminator dan Kookie...

Saya tahu yang Kim Jong Kok ni seorang penyanyi adalah, apabila saya menonton running man, dalam cerita running man, Sparta memainkan peranan yang penting sebagai orang yang kuat dan berbadan tegap... Sparta boleh membuat pelbagai jenis seni pertahankan diri, malahan Sparta adalah seorang yang berkebolehan dlm nyanyian...

Sparta juga mempunyai suara yang lembut, merdu dan pandai menari, jikalau anda tidak mengenali siapa Kim Jong Kok yang sebenarnya, anda akan terkejut akan suara Sparta yang sangat merdu... dan dengan badannya yang tegap dan sangat seksi,.. huhuhu...

Badan yang tegap membuatkan Sparta dikenali dengan pelbagai panggilan, beliau juag selalu menyanyi dalam majlis perkahwinan kawan artisnya, terutama sekali Yoo Jea Suk...

Hanyatilah lagu Loveable ini untuk anda lebih mengenali siapa Kim Jong Kok yang berbadan tegap dan mempunyai suara yg merdu.. huhuh...

Thursday, 23 May 2013

Clear Water don't Sangka no Boya... :(


Saya akan terangkan apakah maksud pepatah di atas, tetapi, saya ingin kamu meneliti dahulu kedua gambar laut ini...
MasyaAllah, luasnya ciptaan mu ya Allah

dan apabila sesuatu yg mcm ni berlaku, siapa yg kita akan persalahkn?
 Diri sendiri atau  orang lain?

Apa yang saya nak tekankan di sini ialah, kita sebagai manusia selalunya ambil mudah dan selalu pijak kepala kepada sesiapa yang berbuat baik kepada kita, terutamanya ibu bapa, guru, lecturer, bos atau kawan-kawan kita sendiri.

Kita selau ambil kesempatan atas kebaikan mereka dan tidak sedar akan peluang yang mereka berikan kepada kita untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Jangan kita ambil mudah akan kesabaran dan ketabahan seseorang itu kerana kita tidak tahu, bilakah masanya mereka akan marah, dan sekiranya mereka marah, janganlah menganggap bahawa kemarahan mereka itu akan cepat reda..

Untuk lebih memahami pepatah di atas adalah: benarkan saya tulis menggunakan loghat utaqa kerana itu lebih selesa..:)

Pada suatu hari Hamid pergi sekolah, dan di dalam kelasnya terdapat 2 orang guru yang sangat baik dan jarang-jarang sekali mereka memarahi pelajar di kelas Hamid. 2 orang guru ini sentiasa memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk memperbaiki segala kesilapan dalam tugasan yang diberikan...

Sehinggalah suatu haqi, Hamid dan kawan sekelasnya tidak dapat menyiapkan salah satu tugasan yang diberikan... tetapi guru itu dapat mengawal marahnya yang baru hendak marak, guru tu berkata kepada mereka yg masa diberikan hanya untuk menyiapkan tugasan itu adalah sampai petang,..

Pada belah petangnya, semua kawan-kawan Haimd tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan, lalu guru itu terus mengambil kertas latihan mereka dan membakarnya di belakang sekolah kerana guru itu tidak puas hati akan prestasi mereka dan guru itu telah memotong markah peperiksaan mereka sebanyak 20 markah...

Tetapi, setelah kemarahan guru itu reda, guru itu memberi semula latihan yang telah dibakar tadi dan guru itu menerangkan bahawa jangan kamu memiijak kepala  orang yang baik, jujur dan pemurah kerana setiap oarang ada kesabarannya dan jikalau orang itu telah sampai ke puncak kesabaranya, dia akan memberikan pengajaran yang setimpal kepada pesalah-pesalah itu... 

Jadi guru itu berpesan kepada  Hamid dan kawan-kawannya agar berhati-hati terhadap manusia diluar sana, kerana kita tidak tahu, siapakah lawan dan siapakah kawan.. dan janganlah terlalu pijak kepala terhadap orang yang baik, dan jangan terlalu membenci kepada orang yang jahat...

Ini kerana bila kita sudah bekerja, kita akan tahu suatu masa nanti orang yang kita benci itulah yang akan menolong kita dan orang yang baik itulah yang akan menjatuhkan kita... 

Jadi pesan terakhir 2 orang guru itu kepada Hamid dan rakan-rakannya adalah, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu... dan jangan jadikan peristiwa ini berulang lagi dalam kehidupan kamu.... BERHATI-HATILAH, DAN SELALU INGAT PEPATAH INI, AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA.... :)





Tuesday, 21 May 2013

Don't forget your past but take it as new beginning





Masa lepas hanya untuk dikenang dan masa sekarang adalah untuk mengubah apa yang kita lakukan pada masa lampau... So tak guna lagi lau kita nak kembali ke masa lampau, sebab masa lampau tu sudah berlalu dan kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk memperbaikinya.. 

Yang kita ada adalah masa sekarang yang harus kita lalui.. dan ambillah apa yang ada di masa lampau untuk diperbaiki pada masa sekarang.. 

Tak berguna kita menyesal tentang apa yang berlaku pada masa lalu... Ambil masa lalu itu sebagai kenangan dan pengajaran yang akan kita perbaiki pada masa akan datang... carilah penyelesaian yang sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang ada....

Believe in Allah.. 

Wednesday, 8 May 2013

KUATKAN DIRIMU DAN JANGAN CEPAT BERGOYANG DEK NAFSU DUNIA SEMATA


Belajarlah untuk tidak menyakiti

Gagal dan Kejayaan itu lumrah


SALAM.. kali ni.. saya nak ceitakan pada dunia yg pada ketika ini kita terlalu takut sangat akan hukum yg manusia sendiri cipta yg ada banyak sgt kekurangan dari kelebihan.. dan tidak pernah sesekali kita ambil hukum Allah sebagai dasar untuk kita lakukan sesuatu..

Ketahuilah bahawa hukum Allah dan segala didikan dan ajaran yang Allah berikan kepada Pesuruh Nya iaitu, Para Nabi, Rasul melalui Perantaraan Malaikat  Jibril adalah benar dan sebenarnya... Dan segala hukum Allah ini adalah sesuai untuk semua bangsa, kaum, masa, zaman , tempat dan sesuai untuk segala-galanya...

Jangan pernah abaikan hukum Allah, jadikan hukum Allah salah satu pengangan kita semua...

Tidak malukah kita kepada agama lain yang tidak beragama Islam, sangat menyanjungi Ulama' dan faham apa itu Hudud, kita yang sebagai orang Islam sendiri tolak Hukum Hudud, Tepuk dada dan tanya iman, kenapa kita berbuat demikian. tidak malukah kita kepada Agama lain yang lebih memahami agama Islam?

Lagi satu yg saya nak tekankan disini, adalah, siapa yang perlu kita ikut? Adakah pemimpin yang konon-kononnya memperjuangkan Islam tetapi dia sendiri yang menolak Ulama'nya sendiri,-  ataupun kita memilih pemimpin yang memang pada dasarnya ingin menegakkan Islam atau Membangun bersama Islam, yg ingin menghakis segala macam ketidakadilan dan kekotoran oleh pihak satu lagi tetapi niat baiknya dihalang oleh pihak satu lagi....

Ingin saya tekankan disini adalah, kita sebagai orang yang beragama Islam, seharusnya memilih pemimpin yg benar-benar ingin menegakkan Islam dan keadilan di atas muka bumi ini... dan pihak yang membuat onar dan menolak ulama'nya sendiri perlu ditepis dan perlu diperbetulkan akidahnya agar tidak terkeluar dari akidah sebenar...

Fikir-fikirkanlah agar kita tetap memegang hukum Allah selama-lamanya walsu dimana kita berada... Dan Hukum Allah Selama-lamanya tidak akan pernah berubah

Utk mengetahui lebih lanju,t sila klik link ini dan diharap bersabar ketika mendengar kata-kata beliau :)


<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=4678100200289" width="250" height="250" frameborder="0"></iframe>

Tuesday, 23 April 2013

Ya Allah,, DoSaKu BerTimBun








Ya Allah, byknya Dosaku, 
Tapi Kenapa Engkau SelalU tidak putus-putus memberi rahmat kepada aku?
Kau membuatkn aku merasa bersalah, 
tapi aku sedar, setiap dugaan yg kau beri pada aku adalah buat penghapus dosaku...
aku juga tidak akan selamanya putus untuk memohon keampunan dari Mu Ya Allah.
kerna kau tahu apa yg terbaik bagi ku..



selalulah meminta keampunan dari Allah, agar diri kita sentiasa tenang dan mendapat petunjuk dariNya

Thursday, 11 April 2013

KeGiLaaN AkU PaDa GaMes..:)

ANGRY BIRDS
 Kenalkah anda pada game in?

FLOW FREE 

 Bagaimana yg ini pula? Adakah anda berminat untuk bermain game ini?

Pada kali ini, saya bukan nak promote game-game ni.. tapi aku nak gtau kat hampa yg skrg ni.. aku mmg gila 2 game ni.. aku pun tak tau kenapa... mungkin 2 game ni mencabar minda aku dan membuatkan aku bertambah geram sehinggakan aku mendownload game ini dalam henset aku...

Bagi aku game-game ni hanya dpt kita main bila kita:
1- kita berasa boring
2- buntu idea untuk wat assignment
3- nak release tension
4- kita nak marah kat orang tapi tak boleh.. hahha.. so kita lepaskan kat game..
5- dan banyak lagi.. tapi mungkin akan berbeza bagi individu yang lain...


Di sini aku nak tekankan bahawa not all games is bad and ofcourse all the game are from overseas or from other countries, aku kagum dengan daya imaginasi orang-orang putih ni... depa tak akan biar imaginasi diorang jadi batu dan mereka akan cuba untuk merealisasikan impian mereka. Walaupun bagi kita, impian depa tu gila, tak waras, tapi setiap apa yang depa buat memerlukan strategi...

Contohnya game flow free: bagi aku game ni lau nak lepas tension dari baca buku ka, boring ka, game ni dapat membantu anda untuk menghilangkan tension, sebab dia ada warna yang bermacam-macam, dia punya cara nak sambungkan warna la, penuhkan ruang kosong, fuhh memang menyakitkan hati, tapi percayalah, aku dah berjaya main sampai 9x9.... best giler, tapi pesan mak aku, jgn la dok main sgt game tu sampai tak wat qeja lain... huhuhu... main sat-sat boleh la... huhuhu...

Tapi game lagi satu ni, angry bird, mmg aku tak leh nak kata apa, hampa semua besa main dah kan.. huhuhu.... best la jugak main dia, lau susah tu, susah giler....

Lagi satu perkara yang aku nak kata kat sini, bukan semua game overseas tak best dan tak bagus, tapi kita kena la pandai pilih game,

Anyways... lau ada sapa yang nak try game yg aku suggest kat atas tadi silalah try, pasti best punya, sebab aku sendiri pun dah try, hahahaha.....

Tapi, Main-Main jugak, Solat, Bersihkan Rumah, Assignment jangan lupa, jdikanlah game-game ini satu alat untuk ringankan fikiran, hilangkan stress dan jgn terikut-ikut dgn apa yang game tu wat...

La Ni Mood Aku Kat Kampung, So Tulis Pun agak Kasaq Sikit, Harap Maklum Ye, Kampung Cek kat Kedah, Beqanak kat Kedah, Tinggai Kat Penang, Belajaq kat USIM... huhuhu... Tu yg Cek Cakap Kasaq tu...




Wednesday, 3 April 2013

Silence is golden and seek for His mercy..:)






Di dalam dunia ni, setiap manusia akan diberi masalah atau dugaan untuk membuatkan diri kita kuat dan ada satu tahap tu, kita macam tak dapat nak pendam perasaan tu seorang diri dan kita akan mencari kawan tuk dengar masalah kite, tapi kita akan merasa sedih dan sakit hati bila kawan kita tu hanya bagi sympathy not empathy and apa yang kita nak waktu tu ialah kawan kita tu dapat selesaikan masalah kita, tapi kita sebagai seorang yang beragama Islam, Kita ada kawan yang boleh faham kita dan tolong kita bila org disekeliling kita tak leh tolong, iaitu Allah S.W.T.

Dia adalah pencipta kita dan of course la Dia tahu apa jalan penyelesaian yang perlu kita lakukan, tapi Dia pun nak uji kita gak, Dia nak tengok sebanyak mana tu seikhlas mana kita nak Dia punya pertolongan...

Dan pertolongan dari Dia adalah sebaik-baik pertolongan, yakin pada diri sendiri dan yakin pada qada' dan qadar Allah... :)

Perladangan untuk neagara...





MEMPERKASAKAN PERLADANGAN NEGARA
                Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah dan bangga dengan pencapaian yang dicapai oleh negara Malaysia ketika ini. Saya berkata demikian, kerana membaca surat khabar Utusan yang mengucapkan tahniah kepada Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Y.B Datuk Seri Noh bin Haji Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kerana merasmikan kompleks atau bangunan baru untuk para peladang mendapat khidmat nasihat dengan bertemakan “Lahir Peladang Progresif” bertarikh 25 Feb 2013.
                Dengan adanya kompleks peladang ini, para peladang di seluruh negara tidak perlu lagi untuk memfokuskan kepada FELDA, FAMA, RISDA atau agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat, tetapi dengan adanya kompleks LPP ini membolehkan peladang mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik dari pelbagai agensi yang terdapat di kompleks berkenaan dan mudah untuk dilaksanakan.
                Ini kerana saya berpendapat bahawa kerajaan juga ingin memajukan hasil-hasil pengeluaran peladang-peladang seperti penternak lembu, kambing, rusa, kerbau dan banyak lagi disamping memajukan sektor pertaniaan yang sedia ada.
                Dengan adanya kompleks LPP ini, para peladang akan mendapat khidmat nasihat yang diperlukan dari segi penjagaan makanan haiwan ternakan, kesihatan dan bagaimana untuk mengkomersialkan hasil perladangan mereka seperti, bagaimana untuk mendapatkan daging yang berkualiti, bermutu dan enak dimakan.
                Untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan para peladang ini, mereka perlulah lebih aktif dan mereka ini tidak hanya tertumpu kepada waktu-waktu tertentu seperti hari raya korban, kenduri akikah, kenduri kahwin atau sebagainya untuk melariskan jualan hasil ternakan mereka. Peladang-peladang ini boleh juga menghasilkan produk mereka yang tersendiri dari haiwan yang mereka ternak sebagai contoh, lamp chop, beef chop, burger, sosej dan sebangainya.
                Saya ingin mengambil contoh negara Jepun dalam usaha mereka untuk menghasilkan daging lembu yang berkualiti dan bermutu tinggi dan yang terbaik didunia, adalah dengan cara memberi minum setiap ekor lembu sejenis arak yang bernama sake yang berkualiti tinggi dan setelah diberi minum, mereka akan diurut oleh tukang urut yang berpengalaman agar apabila disembelih nanti akan mendapatkan daging yang segar dan berkualiti tinggi.
                Semestinya, apabila sesuatu barangan atau hasil ternakan itu berkualiti tinggi, harganya akan mencecah puluhan ribu dan ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Selain daripada kita mengambil contoh negara Jepun yang berjaya menghasilkan daging lembu yang berkualiti tinggi ataupun lebih dikenali sebagai kobe beef, apa kata kita singkap kembali kisah zaman nabi kita yang terdahulu.
                Ini kerana kebanyakan daripada nabi-nabi yang terdahulu adalah dari penternak binatang. Haiwan-haiwan ini dianggap sebagai masyarakat yang mereka akan pimpin kelak, kerana memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjaga kebajikan haiwan-haiwan tersebut.
                Dengan menjadikan kisah bagaimana para nabi kita mengembala kambing, menjaga pemakanan haiwan ternakan mereka, sedikit sebanyak menjadikan mereka lebih yakin dan bersemangat untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari usaha mereka menternak haiwan tersebut.
                Dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak iaitu penternak, peladang dan pihak LPP  sendiri, saya berharap agar masing-masing akan memberikan yang terbaik dalam meningkatkan taraf hidup penduduk, dengan hasil mereka yang lumayan dari usaha yang tidak dijangka-jangkakan dan sama-samalah dapat manfaat darinya.
                Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi bantuan yang sepatutnya kepada para petani dan peladang untuk mengurus, memasar, mengimport, mengeksport hasil pertanian dan perladangan mereka. Saya juga berharap agar segala usaha ini tidak akan terhenti di tengah jalan dan akan terus berjalan sehingga masa hadapan.
               

The strong brotherhood between brothers and friends



 Apa yang saya nak cakap melaui dialog antara naruto dengan abang sasuke ni adalah, hubungan persaudaraan yang sangat rapat dan kedua-duanya berusaha untuk menyelamatkan Sasuke yang telah dipenuhi oleh rasa benci terhadap kampung halamannya, Konoha kerana berkomplot membunuh semua puakya dan pembunuh itu adalah abangnya sendiri, dan naruto dlm pencarian untuk mengembalikan Sasuke ke Konoha dan cuba tidak membunuh Sasuke apabila mereka berlawan. Hanya abang Sasuke yang tahu akan kebenaran disebalik arahan pembunuhan puaknya dan cuba menasihati Naruto supaya jgn meletakkan harapan yg tinggi untuk membawa balik Sasuke ke Konoha. 
Hanya abang Sasuke yg kenal siapa Sasuke sebenarnya dan apakah kebencian yg ada dalam hati Sasuke.. 
Hanya Jauhari yang Mengenal Manikam.... lau nak tau lebih lanjut lagi kisah Naruto ni.. boleh la baca di alamat nih... 
http://www.mangahere.com/manga/naruto/v58/c553/15.html

Ceriakan hari anda :)


Ada banyak cara untuk menceriakan hari anda:
1)_ tengok running man
2)_ tengok citer cartoon ice age
3)_ sembang ngan kawan-kawan
4)_ gi giant tok mkn kfc
5)_ round satu akasia sambil naik basikal
6)_ buat bising bersama kawan-kawan serumah dan gelak sampai pecah perut.

confirm salah satu cara yg ada di atas dapat menceriakan hari anda.. lau hari anda tak ceria jugak.. cuba la cara lain...
Jangan stress-stress ye kawan-kawan..

KOSONG!!!

tiba-tiba aku rasa macam nak biarkan post kali ni pendek sebab aku tak da idea...
Lau kita berasa kosong, apa yang perlu kita wat
1)- ambil wuduk
2)- solat
3)- baca quran
4)- berzikir
5)- bersembang ngan kawan
6)- menelaah buku supaya boleh tidor...

ni adalah salah satu cara yang aku akan buat lau aku rasa boring atau kosong sangat jiwa aku ni.. tapi kita jangan lupa.. walau sekosong manapun jiwa kita... kita mesti tetap ingat Allah supaya hati kita terisi dengan zikrullah... :)

Sunday, 31 March 2013

penjamkan mata dan lepaskan segala-galanya...


 Thats right... If you feel down and stress to do something, relax, sit and close your eyes so that you can think better how to finish your work... 
It really happened to me when i don't know what to do... and the first person I called is my mother, she gave me strength and support and because of her i able to finish all the works.

 
 Sangat setuju dengan kata-kata ni... aku pun waktu aku sekolah selalu sangat dapat nombor second last, akunye keputusan exam tak pernah ada A, tapi sejak aku masuk U ni, senang pulak aku dapat A, aku pun tak tau kenapa, tapi satu hal yg still aku pengang sampai sekarang ialah, aku tak kisah lau aku tak dapat A atau aku tak dapat apa yang aku target dlm exam, yg penting setiap kali aku jatuh atau tak dapat buat sesuatu, aku akan cuba bangun dan ingat akan kesalahan yang aku buat, because, my family always remind me, to always know and remind your fault or your wrongdoing so you cannot repeat the same mistake, and if you repeated it, you know how to overcome it... itulah gunanya lau kita belajar dari kesilapan dan kejatuhan kite.... don't stress, we become stress because we created the stress dan jangan pernah mengalah... 


betul tu... setiap apa yg kita impikan tak semestimya kita akan dapat, sebab kita adalah milik Allah dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita...
Aku pun selalu lalui perkara ini, cukup payah aku nak dpat apa yg aku nak, tapi Allah bagi kat aku yang sebaliknya,... Anyways, Don't lost hope in Him, coz, He is the one who give you strength,..

ikan di kampung :-)

 cantik tak ikan ni.... ikan ni sedap masak ape?

 ni pulak ikan di laut.. cantikkan warna ikan ni.. rasa macam nak bela je...

lau kite tgok ikan, apa yang akan kita fikir? mesti kita fikir, bebasnya diorang berenang, tetapi, setiap benda hidup, pasti ada dugaan dan kita tidak tahu apakah dugaan yg akan ikan ini lalui... sebab, mungkin kita manusia salah satu yg membuatkan ikan-ikan ini hampir pupus...

CINTAILAH SUNGAI, LAUT, DAN SUMBER MAKANAN KITE....
Jgnlah melebih-lebih dalam menangkap ikan dan amalkan penangkapan tangkap dan lepas... :)

Balik Kampung :)

Ini adalah kampung halamanku!!!

 Aku mula merindui suasana kampung dan leteran mak aku yang akan sentiasa aku dengari apabila balik ke kampung pada 5/4 ini.... I miss my family

Walaupun gambar yg kat atas ni bukan sebijik gambar kampung aku, tapi aku memang tinggal kat kampung, tapi gambar kampung aku je yg tak de kat dlm google image ni.. so aku bedal je la gambar yang mana aku suka...
Anyways, aku dah tak sabar nak balik untuk bermain bersama anak menakan aku yang suadah berumur 1 thn 4 blan dan sudah pandai bercakap dan mengira....
bergembiralah pada musim cuti ni ye kawan-kawan... assignment jgn lupe... cuti-cuti juga... assignment jgn lupa...

Wednesday, 13 March 2013

ingat balik zaman kecik2... :)

ingat tak lagi lagu lama nih?

lagu sewaktu kita budak-budak...


lagu apa ntah.. dah tak ingat.. tapi sangat seronok bila ingat balik...
bagus untuk diajar kepada adik-adik kita yang masih kecil.. jgn asyik bagi diorang pengang laptop, notebook, ps3 je....
hehhe...


Jangan dilupa kisah silammu, tapi ambillah ia sebagai iktibar untuk masa hadapan

selain lagu nyanyian Pink tu tadi, saya ada juga satu lagu kesukaan saya, tajuknya DARK SIDE nyanyian KELLY CLARKSON.....
 


lagu ni pun sama jugak dengan lagu nyanyian Pink tadi, maksud dia pun sangat mendalam,
lagu ini dia menceritakan tentang kisah seseorang yg mempunyai banyak kenangan pahit atau kenangan hitam yg dia sendiri tak dapat lupakan.

dia juga mengatakan bahawa setiap orang akan mempunyai kenangan yang tak dapat dilupakan dan dia menyeru sama ada. kekasihnya, kawan karibnya, sahabat, atau ahli keluarga agar tidak lari apabila diorang  tahu akan kenangan pahit yang menimpa dia.

dia juga ada memberitahu mereka supaya sering mengingatkan siapa diri dia yang sebenar dan jangan pernah tinggalkan diri dia sendirian. dia juga memohon agar mereka menerima dia seadanya walaupun dia ada banyak kenangan pahit..... itu je dari saya... heheh... cubalah hayati lagu nih.. best sangat liriknya..

Tuesday, 12 March 2013

Don't give up and keep trying.. :)

this is one of my favorite song, sing by Pink, try
 

bagi sayala kan, lagu ni mendalam sangat maknanya, dlm lirik lagu ni dia mengatakan bahawa jangan mengalah selepas anda jatuh dan lau kita nak berjaya dan nak mencapai sesuatu tu kite kena korban kan sesuatu, dan tak semestinya benda yang kita korbankn tu tak akan kembali, cuma kita kena rebut dan kejar agar benda yang kita korbankan itu tidak lari dan tak semestinya benda yang kita korban tu tak berguna, cumanya kita memerlukan masa untuk selesaikan masalah kita dan pada masa yang sama kita memerlukan jua kekuatan dari benda yang kita korbankan, agar benda yang kita korbankan itu faham akan keadaan kita. so never give up and never ever stop from trying to be the best even if you fall.

dalam lagu ni juga, saya suka akan rangkap ini....
where there is desire
there is gonna be a flame
where there is a flame
someone's bound to get burns
doesn't mean you're gonna die
you gotta get up and try try try......

thats all from me.... YOU GOTTA GET UP AND TRY TRY TRY....



Saturday, 9 March 2013

Keluarga yang bahagia adalah yg saling memahami antara satu sama lain...

    sayangilah keluarga anda, fahamilah mereka, berilah kasih sayang yang sepenuhnya...




 it is true that, apa yang kita buat untuk keluarga kita hari ini akan menentukan siapa kita diri kita di masa hadapan....





 jangan pernah sesekali tidak yakin akan diri anda atau merendahkan diri anda.... anda boleh lakukannya.. percayalah pada diri dan jangan cepat mengalah... tidak kisah berapa kali anda jatuh, tapi yg paling penting anda perlu bangkit setiap kali anda jatuh.....
ketahuilah bahawa diri kita sebenarnya sangat unik, walaupun kita berbeza dengan orang lain, tapi janganlah kita merendahkan diri kita sendiri... anda kenal siapa diri anda sendiri.. dan keluarga anda lebih memahami anda..


anyways.. this is my fourth post in this blog and as i know that blog is the things that you can wrote what ever you want... so.. i dont want to be serious but just enjoy yourself to read and do comment what do you think is the best for me to use this medium well...... thanks for spend your time to read my blog...






















LPP Bangunan Peladang yang baru

Bangunan baru untuk para peladang



MEMPERKASAKAN PERLADANGAN NEGARA
                Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah dan bangga dengan pencapaian yang dicapai oleh negara Malaysia ketika ini. Saya berkata demikian, kerana membaca surat khabar Utusan yang mengucapkan tahniah kepada Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Y.B Datuk Seri Noh bin Haji Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kerana merasmikan kompleks atau bangunan baru untuk para peladang mendapat khidmat nasihat dengan bertemakan “Lahir Peladang Progresif” bertarikh 25 Feb 2013.
                Dengan adanya kompleks peladang ini, para peladang di seluruh negara tidak perlu lagi untuk memfokuskan kepada FELDA, FAMA, RISDA atau agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat, tetapi dengan adanya kompleks LPP ini membolehkan peladang mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik dari pelbagai agensi yang terdapat di kompleks berkenaan dan mudah untuk dilaksanakan.
                Ini kerana saya berpendapat bahawa kerajaan juga ingin memajukan hasil-hasil pengeluaran peladang-peladang seperti penternak lembu, kambing, rusa, kerbau dan banyak lagi disamping memajukan sektor pertaniaan yang sedia ada.
                Dengan adanya kompleks LPP ini, para peladang akan mendapat khidmat nasihat yang diperlukan dari segi penjagaan makanan haiwan ternakan, kesihatan dan bagaimana untuk mengkomersialkan hasil perladangan mereka seperti, bagaimana untuk mendapatkan daging yang berkualiti, bermutu dan enak dimakan.
                Untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan para peladang ini, mereka perlulah lebih aktif dan mereka ini tidak hanya tertumpu kepada waktu-waktu tertentu seperti hari raya korban, kenduri akikah, kenduri kahwin atau sebagainya untuk melariskan jualan hasil ternakan mereka. Peladang-peladang ini boleh juga menghasilkan produk mereka yang tersendiri dari haiwan yang mereka ternak sebagai contoh, lamp chop, beef chop, burger, sosej dan sebangainya.
                Saya ingin mengambil contoh negara Jepun dalam usaha mereka untuk menghasilkan daging lembu yang berkualiti dan bermutu tinggi dan yang terbaik didunia, adalah dengan cara memberi minum setiap ekor lembu sejenis arak yang bernama sake yang berkualiti tinggi dan setelah diberi minum, mereka akan diurut oleh tukang urut yang berpengalaman agar apabila disembelih nanti akan mendapatkan daging yang segar dan berkualiti tinggi.
                Semestinya, apabila sesuatu barangan atau hasil ternakan itu berkualiti tinggi, harganya akan mencecah puluhan ribu dan ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Selain daripada kita mengambil contoh negara Jepun yang berjaya menghasilkan daging lembu yang berkualiti tinggi ataupun lebih dikenali sebagai kobe beef, apa kata kita singkap kembali kisah zaman nabi kita yang terdahulu.
                Ini kerana kebanyakan daripada nabi-nabi yang terdahulu adalah dari penternak binatang. Haiwan-haiwan ini dianggap sebagai masyarakat yang mereka akan pimpin kelak, kerana memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjaga kebajikan haiwan-haiwan tersebut.
                Dengan menjadikan kisah bagaimana para nabi kita mengembala kambing, menjaga pemakanan haiwan ternakan mereka, sedikit sebanyak menjadikan mereka lebih yakin dan bersemangat untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari usaha mereka menternak haiwan tersebut.
                Dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak iaitu penternak, peladang dan pihak LPP  sendiri, saya berharap agar masing-masing akan memberikan yang terbaik dalam meningkatkan taraf hidup penduduk, dengan hasil mereka yang lumayan dari usaha yang tidak dijangka-jangkakan dan sama-samalah dapat manfaat darinya.
                Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi bantuan yang sepatutnya kepada para petani dan peladang untuk mengurus, memasar, mengimport, mengeksport hasil pertanian dan perladangan mereka. Saya juga berharap agar segala usaha ini tidak akan terhenti di tengah jalan dan akan terus berjalan sehingga masa hadapan.
               

Friday, 8 March 2013

Penggunaan kad kredit dan kad debit yg memufliskan kita... :)

  kenapa kita harus begini,

   kenapa kita berhutang?

mampukah kita untuk membayar hutang kad kredit?



        PERLUKAH KITA UNTUK MEMBUAT PEMBAZIRAN YANG TIDAK BERFAEDAH?
           
            Bijakkah kita dalam berbelanja keperluan harian atau lebih tepat sekali bijakkah kita membezakan diantara keperluan dan kemahuan. Saya percaya bahawa kita tidak boleh membezakan diantara keperluan atau kemahuan, disebabkan oleh kemahuan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu. Disebabkan kemahuan kita yang tinggi terhadap sesuatu perkara, tanpa disedari kita melakukan pembaziran yang sangat merugikan sehinggakan kerugian itu menyebabkan kita berhutang atau lebih tepat lagi kita mula menggunakan kad kredit yang membolehkan kita untuk meminjam wang dari bank untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki.
                Tambahan pula penggunaan kad debit yang pada hari ini sudah menjadi kegilaan para pengguna kad sebagai salah satu pengganti kepada kad ATM. Kad debit ini juga membolehkan kita membeli dangae lebih senang dan bergaya kerana banyak faedahnya kepada pengguna berbanding kad kredit yang akan menyebabkan pengguna membayar hutang yang banyak.
Adakah perlu untuk kita mengeluarkan beratus-ratus ringgit hanya kerana ingin menjayakan sesuatu projek yang tidak mendatangkan hasil yang lumayan dan hanya akan memalukan diri sendiri. Perlukah kita untuk meluangkan masa di pasar raya terbesar hanya kerana ingin memuaskan nafsu makan yang tidak pernah mencukupi?
Saya berkata demikian kerana melihat fenomena sekarang yang menunjukkan manusia terlalu boros dalam berbelanja. Terutamanya apabila kita mendapat bayaran dari apa yang kita lakukan selama ini iaitu mendapat gaji. Memang patut kita mendapat bayaran yang setimpal dari apa yang kita lakukan, tetapi, patutkah kita membazir begitu sahaja tanpa menyimpan sedikitpun wang dari hasil titik peluh kita itu. Tidakkah kita akan merasa rugi suatu hari nanti jikalau kita sangat memerlukan wang tetapi alangkah sedihnya wang yang ada tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian.
Kerisauan saya semakin bertambah terhadap pemengang kad kredit tegar atau lebih dikenali sebagai orang kaya baru yang hanya bergantung seratus peratus kepada kad kredit. Penggunaan kad kredit pada zaman ini sangat meluas dan memang tidak dinafikan, kita lebih gemar menggunakannya kerana lebih ringan dan lebih selamat untuk membeli barangan elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk, penyaman udara dan berbagai lagi barangan yang berharga tinggi yang memerlukan kita untuk membawa wang yang sangat banyak ia juga menawarkan pinjaman dari bank dan mudah untuk meminjamnya.


Tambahan pula, kita terpaksa untuk mengeluarkan wang tambahan jikalau wang yang sedia ada dpada kad kredit tidak mencukupi. Begitu juga jika kita mahu makan di restoran lima bintang yang menyajikan makanan yang enak dan rasanya yang jarang dirasai di restoran yang lain. Seperti yang kita ketahui, restoran-restoran lima bintang ini kebanyakannya tidak mahu menerima wang kertas atau cash kerana risaukan keselamatan pelanggan.
Selain dari penggunaan kad kredit yang berlebihan, penggunaan kad debit juga perlu diambil kira. Ini kerana penggunaan kad ini menawarkan perbelanjaan harian selain dapat tawar-menawar, dan banyak kelebihan kepada pengguna. Penggunaan kad debit ini sangat menyenangkan kerana kebanyakan orang telah menngantikan kad ATM kepada kad debit yang membolehkan mereka mengeluarkan duit serta menggunakannya untuk berbelanja di kedai atau pasar raya untuk membeli barangan.
Pengguna kad debit semakin meluas oleh kerana penggunaannya yang mudah dan senang dibawa untuk membeli-belah, namun kad debit ada kekurangannya. Antara kekurangan kad debit adalah kerana kad debit tiada perlindungan. Ini kerana syarat kelayakan memilikinya yang rendah dan perlindungan yang kurang. Ini juga kerana pembelian dengan kad debit sama seperti anda membeli secara tunai kerana anda menggunakan duit anda sendiri bukannya pinjaman dari bank.
Selain dari kurangnya perlindungan yang diberi oleh syarikat kewangan kepada pemengang kad debit, ia juga dihubungkan terus ke akaun bank utama anda. Sebagai contoh, anda mendaftarkan diri untuk menggunakan kad debit untuk kali pertama, anda juga memberi akaun bank utama anda sebagai salah satu cara untuk anda menambah wang jika kad debit anda berkurangan, suatu masa anda akan dapati bahawa anda sudah kehabisan wang untuk membayar hutang anda yang lain. Ini disebabkan oleh kesilapan anda yang terlalu banyak berbelanja menggunakan kad debit dan lebih mengejutkan lagi anda menggunakan duit anda sendiri yang telah anda simpan.
Cara yang terbaik untuk mengurangkan pembaziran wang yang berlebihan adalah dengan menggunakan satu sahaja kad kredit dan mengehadkan penggunaannya atau lebih baik, tidak perlu memilikinya. Ini akan menjimatkan masa anda, tenaga, menghilangkan tekanan yang akan bertambah jikalau anda terlalu banyak memiliki hutang dengan bank. Jika anda terlalu banyak berhutang melalui bank, anda akan disenarai hitamkan daripada menerima sebarang bantuan apabila anda ingin membeli kereta, rumah, tanah atau berkahwin.
Seperkara lagi yang saya ingin ingatkan adalah, jika kita tahu akan keperluan kita nescaya kita tidak akan membazir, ini kerana kemahuan akan menyebabkan kita rugi dan kita tidak akan berasa untung dengan kemahuan yang kita dapati dan ia akan membawa kepada kerugian yang akan datang pada masa akan datang.
Nasihat saya kepada para pengguna kad kredit, kad debit, pengguna wang kertas tegar, mahupun sesiapa sahaja bahawa, anda haruslah bijak dalam menguruskan kewangan anda agar anda tidak akan menyesal suatu hari nanti. Untuk memastikan anda tidak berlebihan dalam berbelanja, anda perlulah mencatat semua perbelanjaan anda di dalam sebuah buku yang anda senang membanya ke mana-mana sahaja. Belilah barangan mengikut keperluan bukan kemahuan dan sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang membazir dan sesiapa yang melakukan pembaziran itu adalah sebahagian dari syaitan.